Misi mencapai imuniti kelompok - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Misi mencapai imuniti kelompok

Kerajaan menyasarkan 100 peratus populasi dewasa menerima dos lengkap vaksin Covid-19 menjelang Oktober ini. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengikut jadual asal, 80 peratus penduduk dijangka menerima dos lengkap menjelang suku pertama 2022, namun sasaran itu dipercepatkan ke Disember ini.

Oleh itu semua pihak perlu menyokong kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan . Program ini sudah mula rancak apabila jumlah pemberian vaksin harian terus mencatatkan peningkatan dan mula mencapai sasaran 500,000 dos sehari. Dalam konteks ini, tumpuan khusus kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur juga sangat penting dalam kita memutuskan rantaian penularan wabak.

Ironinya, kita dapat melihat impak suntikan vaksin dengan begitu cepat apabila PICK Fasa Dua yang menyuntik vaksin ke atas golongan warga emas dan rentan mula menunjukkan tanda awal keberkesanannya. Ini adalah berdasarkan pengurangan kes jangkitan wabak yang serius, iaitu kategori empat dan lima membabitkan golongan tersebut. Keberkesanan juga dapat dilihat menerusi penurunan kadar kemasukan ke hospital dalam kalangan pesakit warga emas.

Dalam pada itu, memandangkan kita bakal menerima lebih banyak lagi vaksin yang ditempah dalam masa terdekat, adalah diharapkan kerajaan akan membuka lebih banyak PPV baik yang berskala besar mahupun kecil sebagai kemudahan tambahan kepada masyarakat untuk mendapatkan suntikan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

CTOS Digital peroleh kepentingan RAM Holdings - Utusan DigitalCTOS Digital peroleh kepentingan RAM Holdings
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kebumi jenazah Covid-19 pengalaman baharu CTKI - Utusan DigitalKebumi jenazah Covid-19 pengalaman baharu CTKI
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

FAMA agih MAFI Prihatin kepada 300 petugas PPV WTCKL - Utusan DigitalFAMA agih MAFI Prihatin kepada 300 petugas PPV WTCKL
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kebakaran hutan Turki makin parah, empat maut dan 180 cedera - Utusan DigitalKebakaran hutan Turki makin parah, empat maut dan 180 cedera
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Swasta berminat biayai projek MRT3 - Utusan DigitalSwasta berminat biayai projek MRT3
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Separuh populasi Myanmar bakal dijangkiti Covid-19 - Utusan DigitalSistem kesihatan yang semakin lumpuh punca jangkitan Covid-19 semakin tinggi kuman seberang laut nmpk..gajah depan mata
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »