PANDEMIK Covid-19 menjadi penyakit yang amat menggerunkan di negara ini sejak dua tahun lalu disebabkan jumlah kematian mencecah empat angka.Setiap urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 sebelum ini dikendali kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia . Namun ekoran peningkatan kes kematian, pertubuhan bukan kerajaan turut menghulurkan bantuan untuk melaksanakan fardu kifayah tersebut.
“Prosedur pengebumian, waris, wakil keluarga, pihak kariah surau, masjid akan menghubungi saya untuk memaklumkan ada jenazah akan dikebumikan pada waktu yang ditetapkan.“Apabila semua maklumat diperoleh, saya akan mengumpulkan anggota CTKI untuk urusan menggali kubur. Alhamdulillah biasanya tujuh atau lapan orang akan hadir di kawasan Tanah Perkuburan Ijok di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
“Setakat ini lebih 10 jenazah pesakit Covid-19 pihak CTKI uruskan. Kesemuanya dari kawasan Ijok. Ada juga jenazah pesakit asal dari luar kariah yang tinggal di sini kita tetap melaksanakan fardu kifayah untuk segera dikebumikan,” katanya. “Kami perlu memakai pakaian perlindungan diri , sarung tangan, pelindung muka dan lain-lain,” katanya.
“Bila saya dan ahli CTKI memakai PPE yang panas sepanjang urusan pengebumian barulah kita tahu cabaran sebenar petugas barisan hadapan. Cukup menginsafkan namun tugas ini harus dilakukan dengan sesempurna mungkin. Borhan berkata, tugas menguruskan jenazah wajib dilakukan dengan ikhlas tidak mengira jenazah pesakit biasa atau pesakit Covid-19.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »