Sekiranya masih ada segelintir yang mengatakan kemiskinan itu adalah mitos, maka golongan ini layak dilabel sebagai orang yang malas berfikir, kerana dengan itu mereka melabel kemiskinan dan kemalasan itu sebagai sesuatu yang sangat sinonim. Sejak pandemik Covid-19 melanda, jumlah mereka yang jatuh miskin semakin ketara, malahan tidak sedikit bilangan mereka yang mempunyai tabungan yang semakin menyusut.
Secara prinsip, tiada seorang pun yang bekerja sepenuh masa patut kekal berada dalam kemiskinan. Maka ini boleh kita tanyakan pada diri kita sendiri misalnya, mengapa golongan petani yang bekerja keras tetap miskin? Hal ini kerana mereka berada dalam tatanan struktural perekonomian yang menjadikan mereka sebagai pihak yang lemah dan ditindas. Justeru, sekalipun sudah bekerja keras, golongan petani akan tetap juga miskin kerana mereka dimiskinkan oleh struktural.
Dalam soal agenda pembasmian kemiskinan, barangkali ada yang mengatakan mengangkat taraf ekonomi rakyat bukanlah dasar perjuangan utama. Sehinggakan, ada segelintir masyarakat yang datang dengan hujah seperti menyuruh kita melihat semula bagaimana pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang pemerintahannya, yakni meletakkan kepentingan aqidah, agama dan tarbiah mengatasi kepentingan ekonomi.
Masalah sistemik seperti kemiskinan ini kerap kali dibincangkan dalam kalangan ahli akademik, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan , pembuat polisi baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang. Oleh yang demikian, antara perkara mustahak untuk difikirkan adalah dasar perancangan dan perangkaan yang dapat dimanfaatkan untuk memerangi kemiskinan yang semakin serius serta isu ketidaksamaan yang terus berpanjangan bagi mencapai kepada hasil pembangunan lebih inklusif.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »