İtmetro, 'Samsung', 'Malaysia', 'Kuala Lumpur', 'Samsung Galaxy S21'

İtmetro, 'Samsung'

Samsung lancar Galaxy S21

#itmetro Peranti berkenaan didatangkan dengan tiga variasi berbeza iaitu Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra.

14/1/2021 6:39:00 PM

itmetro Peranti berkenaan didatangkan dengan tiga variasi berbeza iaitu Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra.

Kuala Lumpur: Samsung Electronics Co Ltd sebentar tadi melancarkan peranti kelas perdana terbaharu mereka iaitu daripada siri Samsung Galaxy S21.

Ketiga-tiga peranti berkenaan mempunyai saiz paparan berbeza bermula 6.2 inci sehingga 6.8 inci menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X.Bagi dua variasi iaitu Samsung Galaxy S21 dan S21+ menggunakan tetapan tiga lensa dengan sensor sudut ultra lebar berkeupayaan 12MP, sudut lebar 12MP dan telefoto 64MP bersama 30 kali 'Space Zoom'.

Azmin: Imposition of state of Emergency won’t affect investor confidence in Malaysia | Malay Mail Dr Wee says work continues from home during MCO Ismail Sabri: Increasing interstate, inter-district travel violations during MCO worrying | Malay Mail

Samsung Galaxy S21 Ultra pula menggunakan tetapan empat lensa atau 'kamera kuad' dengan sudut ultra lebar berkeupayaan 12MP, sudut lebar (108MP) dan dua lensa telefoto masing-masing berkeupayaan 10MP.Peranti itu juga mempunyai keupayaan untuk 100 kali 'Space Zoom' serta dilengkapi dengan sensor Laser AF.

Menyentuh aspek spesifikasi untuk variasi S21 Ultra, peranti ini menggunakan paparan 6.8 inci Edge QHD Dipertingkatkan (QHD+) bersama paparan Infinity-O dengan resolusi 3,200 x 1,440.Paparan variasi ini pula mempunyai kadar segar semula 120Hz bersama teknologi paparan penjagaan mata atau 'Eye Comfort Shield'. headtopics.com

Kapasiti memori (RAM) pula 12GB menggunakan binaan LPDDR5 bersama storan 256GB atau 16GB RAM untuk 512GB storan.Untuk variasi S21 dan S21+ pula hampir sama cuma terdapat beberapa spesifikasi khusus yang berbeza seperti kapasiti bateri bermula 4,000mAh untuk S21 dan 4,800mAh bagi S21+.

Semua variasi peranti pintar berkenaan menggunakan pemproses rekaan 5nm 64-bit Octa-Core dengan frekuensi kelajuan 2.9Ghz + 2.8Ghz + 2.2Ghz.Peranti itu akan menjalankan sistem operasi Android 11 manakala sokongan jaringan adalah 5G NSA dan Sub6.Seperti generasi terdahulu, Samsung Galaxy S21 mendapat perakuan IP68 untuk sistem ketahanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 11:30 PM Read more: Harian Metro »

Malaysian team turns pineapple waste into disposable drone parts

Malaysian researchers have developed a method to transform the fibre found in normally discarded pineapple leaves to make a strong material that can be used to build the frames for unmanned aircraft, or drones.