Setelah undian dibuka hari ini, nampaknya wakil negara dalam Hot Wheels Legend Tour 2022, Proton Suprima S milik William Chong dari Nilai, Negeri Sembilan kini sedang mendahului untuk rantau Asia Pasifik. Nampaknya impian kita untuk melihat sebuah Proton yang dijelmakan sebagai kereta mainan Hot Wheels skala 1/64 dan dijual di seluruh dunia kini semakin hampir!
Bagi Hot Wheels Legends Tour 2022 ini, pertandingan untuk peringkat global dibahagikan kepada empat rantau iaitu Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik. Suprima S ini merupakan pemenang untuk peringkat Malaysia dan sekaligus terpilih sebagai finalis untuk bertanding di peringkat Asia Pasifik.
Kereta yang menang untuk setiap rantau berpeluang bagi ditransformasikan menjadi kereta mainan Hot Wheels skala 1/64, dan ia akan dijual bersama kereta-kereta Hot Wheels yang lain di seluruh dunia.
Ia masih menggunakan enjin asal 1.6 liter CFE Turbo bersama kotak gear CVT, tetapi telah menerima pelbagai ubahsuai seperti sistem ekzos prestasi tinggi, talaan komputer menggunakan Racechip dan pelbagai lagi. Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: LowyatNET - 🏆 13. / 59 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »