Laluan dari PJ ke Bangsar-Jln Maarof melalui SPRINT ditutup mulai 29 Okt hingga ke tarikh dimaklumkan - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 60 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 27%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Laluan dari PJ ke Bangsar-Jln Maarof melalui SPRINT ditutup mulai 29 Okt hingga ke tarikh dimaklumkan

Unit Media di Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan laluan dari Petaling Jaya menghala Bangsar dan Jalan Maarof melalui Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat akan ditutup sepenuhnya bermula 29 Oktober ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja perobohan dan pembinaan jejambat sedia ada di Jalan Johar di Bangsar. Walau bagaimana pun, tidak dimaklumkan bilakah laluan berkenaan bakal dibuka semula. Sehubungan itu, para pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan disaran mengikut jalan alternatif seperti mana yang dicadangkan. Bagi yang dari Damansara Link ke Lebuhraya Damansara-Puchong , boleh melalui Penchala Link-Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Kuching.

Manakala yang ingin ke Jalan Duta dari Damansara Link, boleh menggunakan Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Kuching. Dari Damansara Link ke Kerinchi Link pula, laluan alternatif adalah FHR2-Jalan Syed Putra dan Jalan Kinabalu. Sementara itu, dari Damansara Link ke Jalan DAB, boleh melalui Jalan Universiti, FHR2-Jalan Syed Putra dan Jalan Kinabalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.