PUTRAJAYA: Rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta atas sembilan kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak, akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 28 November ini.
Menurut notis berkenaan, pihak perayu perlu memfailkan hujahan bertulis tambahan pada atau sebelum 25 Oktober manakala hujahan balas difailkan pada atau sebelum 1 November lalu. Peguam bela menghujahkan, keterangan saksi pendakwaan ke-21 , Muhammad Zahid Md. Arip yang ketika itu pegawai khas politik Mohd. Isa berhubung penyerahan wang, tidak menyokong elemen pertuduhan suapan yang dihadapi perayu.
Peguam bela turut berhujah, tindakan perayu ‘mengirim salam’ yang didakwa sebagai isyarat memohon suapan atau wang pendahuluan, sebagai tidak munasabah. Sehubungan itu, peguam bela menghujahkan tidak selamat untuk mengekalkan sabitan anak guamnya berdasarkan dapatan hakim bicara yang bercanggah di antara satu sama lain.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: gizmochina - 🏆 18. / 53 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »