Murid tahun tiga maut dirempuh pacuan empat roda

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 43 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Seorang murid tahun tiga maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux semasa melintas jalan di Kilometer 83 Jalan Kota Bharu-Gua Musang.

KUALA KRAI: Seorang murid tahun tiga maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux semasa melintas jalan di Kilometer 83 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Peria, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 2.40 petang itu, mangsa Mohammad Elis Adam Abdullah, 9, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 66 tahun dari arah Gua Musang ke Kota Bahru.

“Setiba di lokasi, mangsa yang berada di bahu jalan sebelah kiri dipercayai dari kedai mahu pulang ke rumah yang berada di seberang jalan. “Mangsa kemudian terus berlari dan melintas di hadapan pacuan empat roda tersebut. Disebabkan jarak terlalu dekat pemandu tersebut tidak sempat mengelak dan membrek lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Guru KAFA didakwa cederakan murid bebas remanKUALA TERENGGANU: Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang ditahan pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan mencederakan anak muridnya sehingga patah kaki kanan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Guru Kafa disyaki hempas murid dibebas dengan jaminan polis | The Malaysian InsightPolis berkata semua bahan bukti juga sudah dikumpul dan kertas siasatan akan serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Murid tunggang gajah ke sekolah, bantu keluarga jimat kos bahan apiSeorang kanak-kanak berusia 11 tahun di wilayah Buriram, Thailand menjadi sensasi TikTok selepas menunggang gajah ke sekolah.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Murid sedih tidak dapat belajar akibat guru malas ke sekolahMurid sedih tidak dapat belajar akibat guru malas ke sekolah Syaitan manusia menguasai kerajaan
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara hulur bantuan mangsa bencana Baling'Pasukan Bantuan Istana Negara turut akan menyampaikan sumbangan berbentuk baju sekolah, alat tulis dan kasut sekolah daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah kepada 396 pelajar Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al Kahriah di Kupang,' kata hantaran…
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

[PARLIMEN] Dewan rakyat dimulakan ucapan takziah kepada keluarga mangsa MH17“Semalam telah genap lapan tahun tragedi malang yang menimpa mangsa MH17 syarikat penerbangan Malaysia Airlines dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »