Murid tunggang gajah ke sekolah, bantu keluarga jimat kos bahan api

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Murni niat adik ni mahu bantu keluarga

BANGKOK: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di wilayah Buriram, Thailand menjadi sensasi TikTok selepas menunggang gajah ke sekolah untuk membantu keluarga menjimatkan kos bahan api.

Lapor thethaiger.com, bapa kanak-kanak itu, Wisanchol memberitahu keluarganya memiliki empat ekor gajah dan mereka bersama-sama menjaga haiwan tersebut. Rakaman video memaparkan anak perempuan Wisanchol iaitu Pupae menunggang seekor gajah ketika dalam perjalanan ke sekolah, menjadi tular dalam media sosial.Beberapa video TikTok yang tular memaparkan Pupae dengan mengenakan pakaian sekolah sedang menunggang Ole dan melalui penduduk di kawasan itu.Sementara itu, Wisanchol memaklumkan anak perempuannya sangat rapat dengan Ole sejak kecil lagi.

Katanya, Pupae juga membantu keluarganya menjaga Ole dengan memberi makanan dan memandikan gajah tersebut.“Malah, Pupae berharap untuk menjadi doktor haiwan apabila dewasa agar dia boleh terus menjaga gajah berkenaan,” katanya. Gajah dimiliki Wisanchol sebelum ini melakukan persembahan untuk pelancong di Ayutthaya namun keluarganya terpaksa berpindah semula ke Buriram selepas pandemik Covid-19.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines