: Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Langkah pencegahan ini hanya dapat dilakukan di peringkat komuniti, jadi di sinilah kita bawa setiap agensi yang terlibat dan kita akan berikan kesedaran semua orang rasa tanggungjawab menjaga sungai...satu tindakan yang kecil , ia akan dapat menyelamatkan daripada sungai kita tercemar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perayaan Duan Wu di sini, hari ini.
Fadillah berkata Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai yang ditubuhkan di peringkat negeri baru-baru ini akan turut memperincikan langkah untuk dikuatkuasakan secara bersepadu membabitkan negeri, Persekutuan serta badan bukan kerajaan. “Masih banyak perkampungan dan penempatan di tepi sungai, termasuk yang haram, jadi discharge itu terus ke sungai, jadi itu cara kita dulu-dululah, jadi sepatutnya ia dibersihkan serta elakkan supaya ia tidak dibuang terus ke sungai,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »