Kesavan, antara penjual susu terakhir di Pulau Pinang

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Kesavan yang memiliki ladang tenusu di Balik Pulau masih gigih menghantar susu segar kepada pelanggannya di seluruh Pulau Pinang. FMTNews FMTOhsem

Kesavan Vanniyan adalah salah seorang daripada beberapa penjual susu yang masih ada di Pulau Pinang.

Dia mungkin berusia 38 tahun tetapi Kesavan adalah salah seorang daripada beberapa penjual susu yang masih tinggal di Pulau Pinang. Menceritakan bagaimana ia bermula, Kesavan berkata dia menjual susu sejak 2002 dan memiliki sebuah ladang tenusu di Penang Waterfall.“Saya pernah mempunyai penjual susu sendiri yang datang mengambil bekalan setiap pagi di ladang tenusu. Bagaimana pun, disebabkan masalah tertentu, saya terpaksa berpindah ke ladang tenusu di Balik Pulau.

“Secara jujurnya, ia bukan perkara mudah kerana perlu melalui beberapa proses. Saya bernasib baik mempunyai seorang rakan yang baik hati dan begitu bersabar untuk mengajar melakukan proses ini. Sejak itu, saya menjadi penjual susu,” katanya.Ketika ini, Kesavan mempunyai 15 ekor lembu dan memerah sendiri susu namun tetap mendapatkan bantuan daripada ladang tenusu milik rakan, N.S.G Freshmilk.

Sebelum ini, dia menjual susu segar dalam bungkusan kecil pada harga RM4 manakala bungkusan besar pula RM5 tetapi kini harga terpaksa dinaikkan kepada RM6.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.