Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 51 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

PUTRAJAYA: Rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta atas sembilan kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak, akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada satu tarikh lain.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah menangguhkan keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan selepas mendengar penghujahan pihak-pihak dalam rayuan tersebut hari ini.

Semasa perbicaraan, Muhammad Zahid memberitahu mahkamah bahawa beliau menyerahkan wang berjumlah RM3 juta yang diisi dalam beg kertas dan beg hitam kepada Mohd. Isa di pejabat tingkat 49, Menara Felda sebanyak sembilan kali. Peguam bela turut berhujah, tindakan perayu ‘mengirim salam’ yang didakwa sebagai isyarat memohon suapan atau wang pendahuluan, sebagai tidak munasabah.

Salehuddin turut menghujahkan agar mahkamah menimbang keterangan pembelaan Mohd. Isa bahawa beliau tidak pernah mengarahkan SP21 meminta Ikhwan yang juga SP16 memberi ganjaran kepadanya kerana membantu meluluskan pembelian hotel itu. Pada perbicaraan lalu, mahkamah diberitahu, Mohd. Isa menganggap cadangan pembelian hotel bernilai RM160 juta itu dipersetujui oleh Felda Investment Corporations Sdn. Bhd. apabila tiada bantahan daripada ahli lembaga pengarahnya.

Kesalahan itu dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur di antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tunggakan cukai pendapatan: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib dan anakPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai pendapatan, masing-masing berjumlah RM1.69 bili...
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

Hormati keputusan DAP pilih saya sebagai KM, Chow beritahu pengkritikChow Kon Yeow dilaporkan berkata ada orang “dalam dan luar DAP” merancang “mengalahkan beliau”
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Najib, Nazifuddin tetap kena bayar cukai RM1.7bDengan keputusan itu, LHDN boleh memulakan tindakan pungutan cukai tersebut bermula hari ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tindakan McDonald’s Israel Beri Makanan Percuma Pada Tentera & Warga Penjajah Tidak Cerminkan Nilai McD MalaysiaMcDonald's Malaysia menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh McDonald's Israel adalah keputusan bersendirian dan bukan keputusan global.
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »

Tegur henti main Nintendo, guru dibelasah pelajar autisme hingga pengsanGuru wanita yang dibelasah teruk oleh seorang pelajar autisme dalam kejadian Februari lalu dilaporkan enggan menyokong rayuan hukuman
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Jumlah calon lulus Sijil Amalan Guaman meningkatMenurut keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, seramai 439 daripada 1,297 calon lulus peperiksaan itu, tertinggi sejak 2020.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »