Didenda RM3,000 bawa pasir lebih muatan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 47 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

OKS didapati membawa sebuah lori treler dengan muatan pasir seberat 79,370 kilogram (kg) yang mana melebihi had muatan dibenarkan 51,000 kg dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57 (1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

ALOR GAJAH: Sebuah syarikat pengangkutan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan membawa muatan pasir melebihi had dibenarkan.

Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Nanyang Expertise Sdn. Bhd. selaku orang kena saman yang diwakili Ali Katjo, selepas mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin , dekat simpang Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dalam daerah Alor Gajah pada 12 Januari 2021 kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Mohd. Hairen Rahim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap OKS dengan mengambil kira lebihan pasir dibawa. OKS yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar denda minimum diberikan dengan alasan prestasi perniagaan yang tidak begitu baik.

Mahkamah menetapkan denda RM3,000 atau penjara empat bulan jika gagal berbuat demikian. OKS kemudian membayar denda tersebut. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Afiqah jana pendapatan RM6,000 dengan aiskrim PIKAPIPembuatan aiskrim PIKAPI mula diteroka pada 2017 dengan mengikuti kursus di Kuala Lumpur setelah tamat pengajian kejuruteraan di Unisel.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Pengarah mengaku tidak salah tuduhan guna wang yayasan RM86,000Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Pembantu stor lesap RM15,000 diperdaya sindiket Macau ScamModus operandi sindiket ini adalah membuat panggilan telefon dengan menyamar sebagai pegawai LHDN dan polis secara rambang.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Commonwealth games weightlifting gold medallist to get RM10,000, says Johor MBJOHOR BARU: As a reward for bagging the gold medal during the Birmingham 2022 Commonwealth Games, the state government will present RM10,000 to national weightlifter Mohamad Aniq Kasdan.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »

Johor approves additional allocation of RM850,000 for cerebral palsy school | The Malaysian InsightMB says cooperation among all parties necessary for early detection of condition.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Fine reduction from RM5,000 to RM500 among changes in GEG Bill, says KJKUALA LUMPUR: Health Minister Khairy Jamaluddin has agreed to make several changes to the Tobacco and Smoking Control Bill 2022 ahead of its second reading in Parliament.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »