KUALA LUMPUR: Boost, peneraju teknologi kewangan serantau, memperkenalkan Beyond Card, hasil kerjasama dengan CelcomDigi melalui rangkaian Mastercard. Kad inovatif ini merupakan kad antarabangsa dua-dalam-satu pertama di Malaysia, membolehkan pelanggan mengakses dana daripada baki Boost wallet dan menggunakan talian kredit pra-kelulusan.
Beyond Card oleh CelcomDigi dan Boost menawarkan pembayaran fleksibel berpatuhan syariah menerusi kemudahan kredit dengan cara lebih bertanggungjawab, menggunakan teknik pemarkahan mantap bagi memastikan pelanggan yang ditawarkan talian kredit memiliki keupayaan untuk pembayaran balik. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, adalah sesuatu yang istimewa bagi mereka untuk dapat melancarkan produk pertama dalam pasaran bersama-sama syarikat sekutu, CelcomDigi dan membolehkan menawarkan pengalaman kad peringkat sastu kepada segmen besar gabungan pangkalan pelanggan mereka.
“Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan peneraju industri dan memacu inovasi digital merentasi ekosistem digital Malaysia, seterusnya menyokong agenda digital negara,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: LowyatNET - 🏆 13. / 59 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »