Anggota tentera nafi cuba cabul wanita

  • 📰 DailyExpress_MY
  • ⏱ Reading Time:
  • 63 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 28%
  • Publisher: 83%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

TAWAU: Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud hendak mencabul kehormatan seorang pekerja ibu mertuanya.

Muhammad Afiq Ikhwan Mohamad Zukhi, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.Penjawat awam itu didakwa melakukan jenayah tersebut terhadap Ikhwana, 21, seorang wanita warga Indonesia di sebuah taman perumahan di daerah ini sekitar jam 5 pagi 3 Mei lalu.

Wanita itu adalah pekerja ibu mertua tertuduh yang membantunya di kantin kem tentera dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan tertuduh. Mangsa tinggal bersama dengan keluarga tersebut. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 4 Disember depan dan menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan dua penjamin tempatan, serta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyiasat kes sebulan sekali.Terdahulu, Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau, ASP Jeffrey Kadisun memohon mahkamah memberikan wang jaminan RM10,000 dengan dua penjamin tempatan beralamat di Tawau, dengan syarat-syarat tambahan terhadap tertuduh.

Peguambela Jhassary P. Kang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh pula memohon wang jaminan rendah kerana lelaki itu sudah berkahwin dan memiliki seorang anak.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 3. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Wanita tempatan dituduh buang bayi baru lahirnya hingga mati di TawauTAWAU: Seorang wanita muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan membuang bayi yang baharu dilahirkannya sehingga menyebabkan kematian di Hospital Tawau bulan lepas.
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »

Wanita didakwa buang bayi baru lahir di tandas hospitalTAWAU: Seorang wanita muda berperwatakan lelaki (tomboy) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas tuduhan membuang bayi yang baru dilahirkannya sehingga menyebabkan kematian di Hospital Tawau, bulan lepas.
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »

Bas bawa 15 pelancong China terbabit kemalangan di SempornaSEMPORNA: Seorang cedera, seorang mengalami trauma dan 17 lagi tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden kemalangan membabitkan sebuah lori dan bas persiaran berhampiran Bulatan Lepa di Jalan Semporna-Tawau, di sini, Khamis.
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »

– Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim DijualnyaSeorang pakcik menjual aiskrim dipercayai di Tawau, Sabah dilihat mendoakan seorang pelanggan dengan tempoh yang lama kerana telah memborong kesemua aiskrim jualannya.
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »

Woman charged with abandoning newborn at hospitalTAWAU: A 24-year-old woman was charged with abandoning her newborn  which died at the Tawau Hospital, last month.
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »

Askar mengaku tak salah cabul pekerja ibu mentuaTertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Tawau pada 3 Mei lalu.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »