Ah Teong, konconya tumpas

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 43 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur Polis menumpaskan Geng Ah Teong yang aktif melakukan kegiatan curi kenderaan mewah dengan penahanan sembilan ahlinya dalam serbuan berasingan menerusi Operasi Lejang bermula 25 November hingga 4 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi itu dijalankan laporan daripada seorang lelaki berusia 68 tahun yang memaklumkan kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire miliknya hilang di Taman Bukit Maluri, Kepong, pada 6 November lalu.

“Hasil soal siasat dilakukan terhadap lelaki terbabit, kami menahan enam lelaki lagi dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki Indonesia berusia 25 hingga 53 tahun pada 2 hingga 4 Disember lalu.“Dalam serbuan yang dilakukan di ibu kota ini, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Kelantan itu, kami berjaya menemukan 17 kenderaan mewah dipercayai dicuri dianggarkan bernilai RM5 juta,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

“Modus operandi kumpulan ini adalah mengenal pasti kenderaan mewah yang disasarkan dan meletakkan sistem pengesanan global pada kenderaan berkenaan. Beliau berkata, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan 20 kes yang dikaitkan dengan kumpulan berkenaan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan sejak mereka aktif melakukan kegiatan terbabit pada Mei lalu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.