Zionis akui tiada rancangan jelas bagaimana mentadbir jika takluk Gaza

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 55 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas dalam serangan bertubi-tubi di Semenanjung Gaza tetapi dilihat tidak mempunyai percaturan akhir.

WASHINGTON: Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas dalam serangan bertubi-tubi di Semenanjung Gaza tetapi dilihat tidak mempunyai percaturan akhir dan rancangan jelas bagaimana untuk mentadbir wilayah Palestin yang musnah sekiranya rejim zionis berjaya di medan perang.Menurut lapan pegawai serantau dan Barat, kempen ketenteraan diberi nama kod Operation Swords of Iron, tidak akan dapat ditandingi dalam keganasannya dan tidak seperti apa yang dilakukan Israel di Gaza pada masa lalu.

Rejim zionis juga berusaha menolak penduduk Gaza ke sempadan Mesir dan mengejar Hamas dengan meletupkan sistem terowong bawah tanah yang dibina kumpulan itu untuk menjalankan operasinya. Pegawai Arab juga bimbang rejim zionis hanya galak melakukan kemusnahan tetapi tidak menetapkan rancangan yang jelas untuk masa depan lebih 2.3 juta penduduk Gaza yang diperintah oleh Hamas sejak 2006.

Dua pakar tentera serantau memberitahu bahawa sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam bersedia untuk pencerobohan di Israel dengan menubuhkan lombong anti-kereta kebal dan jerangkap samar untuk menyerang tentera rejim zionis. Pakar di Washington berkata, walaupun dapat memusnahkan Hamas sepenuhnya, mereka kurang yakin Israel mahu memegang mana-mana wilayah Gaza atau mendudukinya semula.

Washington bercadang untuk menguatkan semula Pihak Berkuasa Palestin yang kehilangan kawalan ke atas Gaza kepada Hamas pada 2007, walaupun terdapat keraguan besar sama ada PA atau mana-mana pihak berkuasa lain akan dapat mentadbir kawasan itu sekiranya Hamas dihalau keluar.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Guterres: Serangan Hamas ke atas Israel tak wajarkan serangan di GazaGuterres: Serangan Hamas ke atas Israel tak wajarkan serangan di Gaza
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Israel tidak henti serang sehingga Hamas keluar dari GazaKerajaan Israel tidak akan berhenti menyerang Semenanjung Gaza sehingga kumpulan pejuang Hamas meninggalkan wilayah itu.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Hamas says several dead and injured at Gaza church compound after Israel strikePALESTINIAN TERRITORIES, Oct 20 — The Hamas-controlled interior ministry said several displaced people who had taken shelter at a church compound in the Gaza Strip have been...
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »

Ramai terbunuh, Israel serang gereja di Gaza, kata HamasGereja Saint Porphyrius ‘mengecam keras’ serangan itu yang menyebabkan ramai orang awam yang berlindung di gereja tertua di Gaza itu terbunuh dan cedera.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Tentera Zionis bertempur dengan ‘pihak tidak dikenali ‘ di sempadan Israel-LubnanTentera Zionis bertempur dengan 'pihak tidak dikenali ' di sempadan Israel-Lubnan
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PBB sokong resolusi gelar Hamas pengganas, tolak resolusi akhiri konflik GazaUNSC menolak resolusi yang diusulkan Russia mengutuk keganasan di Asia Barat, selain gagal mencapai persetujuan gencatan senjata di Gaza.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »