Zahid terima cek RM6 juta, serah pada Lewis & Co, kata pegawai penyiasat

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Saksi memberitahu mahkamah, dua cek berkenaan diterima di kediaman rasmi bekas timbalan perdana menteri itu sebelum diberi kepada firma yang sebelum ini dikatakan pemegang amanah yayasan milik Zahid. FMTNews

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad Chew Ben Ben dan menyerahkannya kepada Tetuan Lewis & Co.

Berdasarkan pertuduhan ke-14 dan 15, Ahmad Zahid didakwa menerima dua suapan berjumlah RM6 juta daripada Chew sebagai upah melantik syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd melaksanakan projek cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen secara rundingan terus di bawah Kementerian Dalam Negeri .

“Beberapa bulan kemudian iaitu pada pertengahan April 2017, Chew sekali lagi telah dipanggil untuk berjumpa tertuduh di kediaman rasminya di Seri Satria, Putrajaya dan pada perjumpaan , Chew telah menyerahkan dua keping cek berjumlah RM6 juta kepada tertuduh,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun.

“Lanjutan daripada arahan tertuduh, KSU KDN telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan Setiausaha Bahagian Perolehan KDN pada masa itu, Abd Aziz Md Nor untuk memberikan ulasan dan pandangan pihak KDN kepada Kementerian Kewangan ,” katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.