Yen Wei undur diri dari BAM

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Beregu campuran negara, Peck Yen Wei membuat keputusan mengejutkan apabila ambil keputusan mengundur diri daripada kem kebangsaan berkuatkuasa hari ini.

Yen Wei difahamkan sudah pun menghantar surat pengunduran diri kepada pihak Persatuan Badminton Malaysia pada Jumaat lalu.

Pemain berusia 26 tahun ini pernah mencipta kegemilangan menamatkan penantian Malaysia selama 23 tahun dengan memenangi pingat emas acara beregu campuran di Sukan SEA Vietnam tahun lalu bersama Chen Tang Jie. Selain itu dia turut pernah menjuarai Kejohanan Antarabangsa Malaysia pada 2018, dan sebelum itu pernah bergandingan dengan Goh Yea Ching dalam acara beregu wanita untuk menjuarai Kejohanan Antarabangsa Portugal pada 2016.

Bagaimanapun beberapa episod kecederaan yang menimpa Yen Wei pada tahun ini menyekat perkembangannya pada tahun, selain sering ditukar pasangan oleh barisan kejurulatihan, antaranya digandingkan dengan pemain muda, Choong Hon Jian namun hanya bertahan selama tiga bulan sahaja. “Saya amat berterima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar oleh BAM sepanjang 10 tahun lalu. Saya amat menghargai segala peluang yang telah diberikan untuk mewakili negara,” jelas Yen Wei dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Dua kapal kargo bawa bijirin berlepas dari pelabuhan UkraineKapal Admiral de Ribas dan Mount Baker meninggalkan pelabuhan Ukraine
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Banjir: 77 penduduk dipindahkan di Bintulu | The Malaysian InsightPenduduk yang terjejas adalah dari Kampung Kemunting, Kampung Assyakirin, Desa Damai, Kampung Baru dan Bukit Orang.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Bomba periksa premis percetakan kertas undi | The Malaysian InsightLangkah itu bagi memastikan ia selamat terutama dari aspek kebakaran.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Perak, Kedah ‘digantung’, denda RM10,000Tindakan Perak dan Kedah menarik diri pada saat akhir daripada kejohanan ragbi Piala Agong yang akan membuka tirai, Sabtu ini bakal mengundang padah apabila didenda RM10,000 serta penggantungan daripada menyertai saingan itu tahun depan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »