Wusyu sambar dua emas di Hanoi

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Clement Ting menghadiahkan emas dalam acara changquan lelaki, manakala Tan Zi Yan menjuarai saingan taijiquan. Melengkapkan kecemerlangan Malaysia adalah Calvin Lee yang meraih perak dalam acara nandao.

Zhi Yan mengumpul 9.71 mata untuk memenangia acara taijiquan lelaki, mengetepikan pencabar terdekat dari Filipina, Jones Llabres . Gangsa milik atlet Singapura, Chan Jun Kai dengan 9.57 mata.

Terdahulu, Malaysia memenangi emas pertamanya dalam sukan wusyu menerusi Clement dalam acara changquan lelaki. Meskipun wusyu tidak meletakkan sebarang sasaran pingat emas pada temasya dwitahunan tersebut, namun Clement dan Zhi Yan membuktikan sukan itu mampu meneruskan tradisi sebagai penyumbang emas buat negara.

Atlet kelahiran Sarawak tersebut berjaya mengutip 9.70 mata untuk menewaskan Jowen Lim dari Singapura dan gangsa dimenangi Seraf Naro dari Indonesia. Seorang lagi atlet negara, Yeap Wai Kin menerusi 9.68 mata di tempat keemapt. Melengkapkan kecemerlangan Malaysia, Calvin Lee memenangi perak dalam acara nandao lelaki. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.