Segalanya bermula pada 1959 apabila seorang jururawat muda bersiap sedia untuk berlepas dari Pelabuhan Tilbury, London ke sebuah tempat dikenali sebagai Kuching, di pantai barat Borneo.Wendy Grey adalah anak seorang paderi Anglican yang dilahirkan di bandar Newcastle upon Tyne, timur laut England dan membesar di Amble.
“Saya mendapat pengalaman pertama ketika menemani salah seorang jururawat tersebut, Gwynnedd untuk melihat seorang lelaki yang patah kaki,” kata Wendy. “Kami tidak berniat untuk cuba mengubah budaya mereka kecuali hal kebersihan. Penyakit malaria sedang merebak begitu juga tuberculosis, kekurangan nutrisi dan jangkitan kulit,” katanya.
“Tempatnya sungguh cantik sekali dan hari ini anda boleh ke Tongud dengan jalan darat. Ketika saya di sana, ia hanya boleh diakses melalui bot. “Kami hidup di Tongud tanpa bekalan elektrik dan air sebaliknya hanya menggunakan lampu minyak tanah dan dapur kecil. Walaupun begitu, bukan semua pengalaman dilalui Wendy menyukarkannya kerana dia juga sering ke Sandakan dan tinggal di rumah asrama di Sekolah St Monica.
Penjajah dijadikan pahlawan
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »