Waspada jerat duniawi

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

addin Dunia bukan matlamat buat kita kerana ia sekadar tempat persinggahan sebelum dijemput Allah menemui-Nya.

Apa cara sekalipun sanggup dilakukan asalkan hajat dan impian hati tercapai. Maka, berlakulah pelbagai salah laku yang cukup kronik dalam usaha mencari kekayaan dunia itu.Umat Islam seharusnya berwaspada dengan budaya serupa itu kerana kita disaran supaya lebih beringat akan kehidupan akhirat.

Seharusnya kita sentiasa berwaspada seandainya hati terpaut pada keduniaan tanpa mengambil berat soal akhirat.Uthman bin Affan iaitu menantu Nabi SAW, Abdul Rahman bin Auf antara sahabat yang memiliki harta hasil kewibawaan serta kehebatan mereka dalam perniagaan.Tetapi hati mereka tidak pernah terikat dengan kekayaan yang Allah anugerahi itu.Segala dana diperuntukan bagi misi Rasulullah SAW menyebarkan syiar Islam.

Semakin banyak harta yang Allah kurniakan, semakin laju dan rancak mereka hulurkan demi kepentingan agama dan masyarakat.Mereka benar-benar menginsafi apa sahaja kekayaan yang ada pada diri adalah bentuk pinjaman sementara yang Allah SWT anugerahkan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines