Warga UiTM bermunajat untuk Malaysia

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KualaLumpur Lebih 3,000 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyertai majlis bacaan Yasin khas dan munajat serentak secara maya untuk Malaysia bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat semalam.

Inisiatif melalui UiTM Prihatin itu adalah julung kali diadakan melalui siaran langsung secara maya membabitkan warga universiti dari seluruh sistem UiTM termasuk cawangan di seluruh negara bermula jam 8.30 pagi.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim berkata, majlis itu diadakan atas rasa insaf dan keprihatinan warga universiti terhadap dugaan yang dihadapi terutama pandemik Covid-19 dan bencana banjir, baru-baru ini. "Inilah masanya untuk menunjukkan keprihatinan dan kebersamaan kita kepada mereka yang terkesan dan barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani gejala ini," katanya.

"Dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara kecuali Sarawak sehingga 18 Februari ini, marilah kita menunjukkan kebersamaan yang tinggi dan semangat kasih sayang dengan mematuhi setiap prosedur operasi standard ditetapkan dan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa demi kesejahteraan semua," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Majlis itu dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Naib Canselor, UiTM Shah Alam dengan kerjasama seluruh pusat tanggungjawab jabatan dalam sistem UiTM seluruh negara yang turut disertai oleh pengurusan tertinggi universiti.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

🤲

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.