Warga emas dikhuatiri lemas ketika memeriksa paras air banjir

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas memeriksa keadaan paras air banjir yang menenggelamkan jalan menghubungi Lawas ke Long Sukong,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Azman Ibrahim berkata, mangsa dikhuatiri dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat, berdasarkan laporan rakannya.

Katanya, pihak BBP Lawas menerima panggilan pukul 11.30 malam mengenai kehilangan mangsa iaitu Silas Sudai yang berusia 63 tahun. “Difahamkan mangsa dipercayai cuba untuk memeriksa paras air yang menenggelamkan jalan yang menghubungi Lawas ke Long Sukong, sebelum dihanyutkan arus deras,” tambahnya.“Pencarian awal turut dilakukan oleh penduduk. Bagaimanapun, setakat ini mangsa masih belum dijumpai.

“Pasukan anggota mencari dan menyelamat , juga dikerahkan ke lokasi pada pagi tadi yang mana terpaksa melalui jalan balak dengan permukaan jalan yang licin serta keadaan hujan renyai-renyai sejauh kira-kira 50 kilometer dari balai,” ujarnya. -UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.