Wanita OKU maut akibat terhidu asap

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Wanita OKU maut akibat terhidu asap FMTNews FMTBerita

Bomba berkata wanita orang kurang upaya itu disahkan meninggal dunia selepas berjaya dibawa keluar dari rumah terbakar.

PETALING JAYA: Seorang wanita orang kurang upaya maut dipercayai lemas akibat terhidu asap tebal selepas sebuah rumah di Kampung Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, terbakar, petang tadi. Dalam kejadian 5 petang, mangsa Nuraida Hashim, 43, yang mengalami kecacatan mental ditemui tidak sedarkan diri di atas katil di rumahnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Mohd Fazlee Mohamad berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. “Mangsa berjaya dibawa keluar ke tempat selamat. Selepas pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan, mangsa disahkan meninggal dunia.Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.08 petang dan tiba di lokasi 12 minit kemudian.Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 40%, katanya.“Kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.48 malam. Kes diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kebakaran untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Wanita OKU maut dalam kebakaran rumahMangsa berjaya dibawa keluar ke tempat selamat ketika kejadian, namun pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital kemudian mengesahkan wanita tersebut telah meninggal dunia.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Wanita OKU terlantar maut dalam kebakaran | Harian MetroBukit Mertajam: Wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut selepas rumah yang didiaminya di Kampung Alma, di sini terbakar, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Sembilan individu dipanggil bantu siasatan kes wanita dibunuh suamiSembilan individu termasuk seorang anak mangsa dipanggil polis bagi membantu siasatan kes wanita yang percayai dibunuh suaminya dengan menggunakan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Rabu lepas.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

2 wanita ditahan salah guna kuasa | Harian MetroKuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua wanita termasuk seorang Ketua Pembantu Tadbir sebuah jabatan awam di Terengganu kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk menyokong syarikat milik adik iparnya bagi mendapatkan beberapa perolehan pembekalan di jabatan itu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Dua wanita ditahan salah guna kuasaSeorang ketua pembantu tadbir sebuah jabatan di negeri ini dan seorang pemilik syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa, petang ini. Terbaik sprm SPRMMalaysia
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Wanita, adik ipar direman bantu siasatan salah guna kuasa | The Malaysian InsightKes salah guna kuasa itu dipercayai berlaku sejak 2019 melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »