Krew kabin bergegas membantunya dan memaklumkan kepada juruterbang, seterusnya mengalihkan penerbangan itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait.“Kami berbangga dengan krew dengan tahap latihan yang tinggi dan cara mereka bertindak. Mereka membuktikan belas kasihan, profesionalisme dan pemacu yang sangat penting,” kata Pengerusi MEA, Mohammad Al Hout dipetik sebagai berkata.
Beberapa pengguna media sosial mendakwa kelahirkan bayi itu disambut pakar bidan yang ketika itu berada dalam pesawat, bagaimanapun maklumat itu tidak dapat disahkan. Pengguna lain pula mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh menaiki penerbangan ketika kehamilannya berada pada trimester akhir, manakala yang lain pula berkata wanita itu melahirkan bayi pra-matang.
Pada 2017, seorang bayi lelaki dilahirkan dalam penerbangan Emirates semasa perjalanan dari Dubai ke Paris. Syarikat penerbangan itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Larnaka di Cyprus. Pada 2016, penerbangan Saudi Arabian Airlines dari Jeddah terpaksa membuat pendaratan kecemasan di London apabila seorang wanita Arab Saudi melahirkan bayi ketika dalam perjalanan ke New York.
Find the daddy
Macam mana boleh lepas naik kapal terbang bila pregnant dah sarat
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »