Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memfailkan permohonan tersebut atas alasan pertuduhan terhadapnya cacat kerana tidak menyatakan secara spesifik masa dan tarikh kesalahan yang didakwa dilakukannya.
Ketika sebutan kes di hadapan Rozina, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Wan Saiful memberitahu, pihaknya memfailkan permohonan itu bagi membantah pertuduhan terhadap anak guamnya. Tertuduh turut meminta rasuah berkaitan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan.
Menurut tertuduh, jika demikian halnya, semua kerani, pegawai eksekutif, pengarah syarikat dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pemerolehan projek juga boleh dikatakan telah melakukan kesalahan. Selain itu, pihak peguam turut memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerahkan salinan dokumen yang dirampas daripada pejabat beliau.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »