Hari Belia Keuskupan Pulau Pinang kelima telah diadakan pada Okt 21 –24 dengan menggunakan tema Hari Belia Sedunia Lisbon 2023 iaitu, “Maria bersiap-siap dan bergegas pergi,” yang berdasarkan petikan Lukas 1:39.
PDYD-5 bermatlamat menggalakkan anak-anak muda untuk mengenali paggilan mereka, memperkasakan semangat mereka dalam melayani di dalam dan luar Gereja juga menyemarakkan semula iman serta mendorong mereka agar menzahirkan iman mereka dalam perbuatan sehari-hari.Pada hari kedua, para peserta dialu-alukan dalam majlis sambutan. Kira-kira 23 paroki termasuk para seminarian, mengambil bahagian dalam perarakan sempena acara alu-aluan tersebut.
Ini diikuti dengan dua sesi iaitu “One Through Mary to Jesus” yang dikendalikan oleh Fr Michael dan “Apologetik Katolik” yang disampaikan oleh Fr Simon Anand. Lawatan Misi ini diakhiri dengan sesi “Unpacking My Mission” oleh Caritas, di Dewan Katedral Roh Kudus, Pulau Pinang. Katanya, PYD-5 telah memberinya pengalaman hebat tentang kepelbagaian dan perpaduan Gereja Katolik, sesi-sesi dalam PYD-5 juga meluaskan pandangan dunia golongan muda dan paling penting, merasai kehadiran Yesus.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »
Source: heraldmalaysia - 🏆 24. / 51 Read more »