Usaha mengeluarkan mayat terakhir masih dijalankan

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 21 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 12%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KualaLumpur Usaha mengeluarkan mayat yang tersepit akibat kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya di Alam Damai, Cheras masih diteruskan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata, kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan."Mayat dijangka dapat dikeluarkan malam ini, semua pihak kini memberi ruang kepada agensi penyelamat untuk menguruskan mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, lima buruh asing dan seorang warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya. Dua buruh asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat. Pemandu kereta yang ditimpa gantri itu cedera pada leher dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines