[UPDATE] Tragedi kali pertama berkonvoi

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 35 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Mersing 'Ini kali pertama kami berkonvoi beramai-ramai, tidak sangka kejadian ini berlaku' kata Zakaria Ahmad Palil, 60, yang kematian anak, menantu dan cucu dalam kemalangan hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, menantunya, Nurul Jannah Talib, 29, dan anak ketiganya, Muhammad Darwisy Mohd Safar, 4, meninggal dunia di tempat kejadian.Kejadian berlaku apabila Proton Wira dinaiki mereka lima beranak bertembung Proton Exora di Kilometer 15 Jalan Mersing-Endau.

Zakaria berkata, dia bersama isteri menaiki sebuah kereta manakala enam anaknya masing-masing memandu kenderaan sendiri dari FELDA Palong Timur, Segamat ke FELDA Tenggaroh 2.“Sebelum hari raya, anak-anak teruja mahu berkonvoi ke rumah saudara mara dan hari ini, kami menziarah keluarga. “Kami cuba menghubunginya berulang kali tidak berjawab, sebaik tiba di rumah saudara di FELDA Tenggaroh 2, salah seorang anak menerima panggilan polis mengatakan Mohd Safar terbabit kemalangan dan meminta kami ke Hospital Mersing,” katanya ketika ditemui hari ini.Sementara itu, ibu arwah Hamidah Harun, 55, berkata, anak kedua daripada enam beradik itu tidak selera makan sepanjang Ramadan lalu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga keluarga Encik Zakaria tabah dan sentiasa cekal dalam menghadapi dugaan

Laluan sini memang kerap excident. Salam takziah

Innalillah ..

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines