Ujian air liur capai sensitiviti 90 peratus - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pada Mei lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

PETALING JAYA: Dua peranti ujian kendiri yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19 mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian yang dijalankan Kajian Institut Penyelidikan Perubatan itu telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri berkenaan dijangka selesai minggu depan. “Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-duanya mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Pada Mei lalu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan. Katanya, menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines