LONDON: Manchester City dan Liverpool masing-masing didenda badan bola sepak Eropah, Uefa susulan insiden kekacauan di stadium ketika perlawanan Liga Juara-Juara bulan ini.
Jawatankuasa Kawalan, Etika dan Lembaga Disiplin Uefa mendakwa dua kelab itu minggu lalu dan mengumumkan hukuman selepas perbincangan semalam. City didenda €15,750 atas tindakan penyokong mereka membaling objek ketika pasukan itu menang 2-0 ke atas Dinamo Zagreb pada 1 Okt.Dalam pada itu, Liverpool pula didenda €10,000 gara-gara gagal mengawal penyokong yang menyerbu masuk ke dalam padang ketika perlawanan menentang Salzburg di Anfield pada 2 Okt. Liverpool menang menang 4-3.
Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong remaja mereka memanjat pagar dan meluru ke arah Andy Robertson untuk mendapatkan jersinya manakala penyokong lain menceroboh padang ketika pertengahan babak kedua.Ajax dalam pada itu diperintah membayar denda €68,000 angkara kerosakan dan kekacauan penonton ketika kunjungan ke Mestalla, sekali gus menyaksikan penyokong mereka diharamkan membeli tiket bagi aksi menentang Chelsea 11 Nov.
Mereka juga perlu berunding dengan Valencia dalam tempoh 30 hari untuk membincangkan jumlah pampasan kerosakan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »