Ucapan penuh Azmin di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor semalam

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 103 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 45%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Ucapan penuh Azmin di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor semalam - Politik - Utusan Online

Alhamdulillah saya panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana pada malam ini, kita dapat berhimpun dan bermunajat kepada Allah SWT kerana itulah tanda sahaja jalan yang ditunjukkan Islam, kita berikhtiar, kita berusaha dan akhirnya kita berserah kepada Allah SWT.

Biarkan saya sebatang kara, biarkan saya berdepan dengan orang ataupun manusia yang pernah saya kenali sebelum ini, tetapi kesetiaan kita ada batasnya, saya setia kepada kebenaran dan keadilan, saya akan tetap perjuangkan keadilan dan kebenaran, bukan untuk keluarga saya tetapi saya mahu rakyat Malaysia, umat Islam dan orang Melayu mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Saya bersedia menerima semua ujian itu, cabaran ujian ini bukan baharu kepada saya. Semenjak tahun 1998, sehinggalah hari ini, ia tidak pernah surut walaupun harapan saya dan rakyat, budaya-budaya seperti ini telahpun surut pada Mei 2018 tetapi malangnya kerana nafsu serakah dan kerakusan sesetengah manusia, sanggup menikam, membunuh karier politik seseorang dan saya tidak akan berganjak walaupun saya dipijak, dihina dan diaibkan sebegitu lama.

Malahan Ketua Polis Negara sendiri telah mengesahkan ada tangan-tangan ghaib yang nilainya ratusan ribu dan jutaan ringgit untuk menjatuhkannya saya. Saya juga malam ini mengambil kesempatan, ramai juga media ikut saya pada malam ini, saya nak menyatakan rasa kasih dan sayang, rasa hormat dan terima kasih saya kepada seluruh pimpinan dan anggota serta rakyat yang telah mendoakan saya untuk saya teruskan perjuangan ini. Saya tidak akan mengkhianati.

Saudara-saudari sekalian, dua hari yang lalu, pada Jumaat, pukul 3.30 petang, saya telah mengadakan perbincangan yang agak panjang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang apakah langkah-langkah seterusnya untuk kita memperkukuhkan lagi institusi dalam negara dan mengangkat martabat umat. Perdana Menteri telah menasihatkan saya dalam pertemuan itu: “Azmin teruskan perjuangan, yang penting rakyat mesti dibela, ekonomi mesti dipulihkan dan negara mesti diangkat martabat,”.

Saya yakin yang hadir pada malam ini, dapat memberikan mesej yang jelas kepada akar umbi di seluruh negara bahawa sudah sampai masanya, jangan kita takut dalam perjuangan ini. Kita kena berani bangkit. Yang hak harus kita pertahankan, yang batil kita perangi habis-habisan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

[VIDEO] Penyokong Azmin penuhi kediaman rasmi MB SelangorSHAH ALAM 21 Julai - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ternyata mempunyai sokongan yang kuat daripada akar umbi parti itu apabila kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang menjadi lokasi majlis doa selamat dan kesyukuran dipenuhi penyokongnya malam ini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Ghosts of 20 years past haunting PKR, Selangor MB says of sex videos targeting Azmin | Malay MailKUALA LUMPUR, July 22 ― The current sex video scandals targeting PKR deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali is a blast from 20 years in the past, the party’s Selangor chief Amirudin Shaari said yesterday. Amirudin who is also Selangor Mentri Besar indicated that the spectre that has... Solve Selangor’s more than two-decade old water problem first lorr. Intai2 semut di seberang sungai, gajah bawah kain tu bila nak selak?
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »

Penyokong Anwar, Azmin anjur salat hajat berasingan berikutan ketegangan dalam PKRDi kediaman rasmi menteri besar Selangor di Shah Alam, kira-kira 500 orang hadir sebagai tanda sokongan kepada Azmin. AnwarIbrahim AzminAli FMTnews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

MB Selangor tahu siapa dalang video seksSHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memberi bayangan seolah-olah beliau tahu siapa dalang kepada penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali . Kind of pinpoints the dalang... Apa kata keluar beramai2 bawa penyokong masing2 pindah rumah ke PPBMofficial Semakin panas pulak..
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Aide slams attempt to link religious gathering at Anwar’s home with Azmin | The Malaysian InsightPKR feud involving top two leaders and linked to sex clips spills over to prayers.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

My loyalty has its limitations, says AzminSHAH ALAM: As he pledged his loyalty to Tun Dr Mahathir Mohamad, Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali warned those trying to bring him down that his loyalty has a limit. Limited by ambition. Rakyat are crying for good governance everyday and politicians, well busy main politik. When is the time for rakyat? Just leave. They are Not YOUR FRIENDS ANYMORE. Joint Tun M
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »