KABUL: Keputusan Presiden Donald Trump membatalkan rundingan damai Afghanistan akan membawa lebih banyak kematian rakyat Amerika, tegas Taliban pada Ahad sementara Amerika Syarikat berjanji untuk mengekalkan tekanan ketenteraan terhadap militan itu di sebalik usaha menjalin kesepakatan bagi mengakhiri perang hampir 20 tahun.
Trump membatalkan perundingan pada Sabtu selepas Taliban mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di Kabul minggu lepas, yang meragut seorang askar AS dan 11 yang lain. Di Washington, Setiausaha Negara Mike Pompeo memberitahu rundingan damai di Afghanistan ditangguhkan dan Washington tidak akan mengurangkan sokongan ketenteraan AS untuk Afghanistan sehingga yakin bahawa Taliban dapat memenuhi komitmen secara signifikan.
Trump sudah lama mahu mengakhiri penglibatan AS di Afghanistan, sejak ketika menjadi calon pemilihan presiden dan diplomat Amerika berbincang dengan wakil Taliban selama berbulan-bulan tentang rancangan menarik ribuan tentera AS sebagai pertukaran jaminan keselamatan yang ditawarkan Taliban.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »