Triumph telah mengesahkan bahawa pada tahun 2024, mereka akan mula menyertai FIM Motocross World Championship melalui satu program, di bawah nama Triumph Racing. Pasukan ini akan mendapat kerjasama dari Thierry Chizat-Suzzoni, iaitu antara pemilik pasukan paling berjaya dalam sukan tersebut.
Jentera yang akan digunakan adalah jentera serba baru Triumph sendiri, berkapasiti 250 cc, empat strok untuk kelas MX2 yang akan mereka sertai pada tahun 2024, sementara pada tahun 2025, Triumph akan menambah lagi penyertaan, dalam kategori MXGP 450 cc. Bersama Thierry, individu yang dipilih untuk menjadi pengurus pasukan adalah Vincent Bereni, dan mereka bukan sahaja perlu berusaha ke arah kejayaan dalam perlumbaan, tetapi juga bertanggung jawab untuk membuat pembangunan teknologi serta tenaga pakar untuk membina kekuatan masa hadapan Triumph dalam perlumbaanTriumph, dan spesifikasi, karekter prestasi serta senarai komponen bagi setiap model akan didedah pada masa yang sesuai nanti.
Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »