Toyota Sienta 2022 diperkenal di Jepun - bermula RM64k, platform TNGA, enjin 1.5L Dynamic Force - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Toyota Sienta 2022 diperkenal di Jepun – bermula RM64k, platform TNGA, enjin 1.5L Dynamic Force

Toyota secara rasminya telah mendedahkan model generasi baharu MPV Sienta di Jepun. Sienta 2022 ini dihasilkan dari platform Toyota New Global Architecture dalam versi GA-B, dan ia akan menggantikan model generasi kedua yang telahpun dijual sejak 2015.

Model generasi ketiga ini menampilkan rupa yang lebih kepada sebuah kenderaan pelbagai guna, berbanding gaya lebih funky pada model generasi kedua. Ia diberikan lampu hadapan yang nampak lebih petak berbanding lampu lebih tirus pada model sebelumnya. Tiada gril sebelah atas diberikan, sebaliknya ia menerima jalur kemasan yang menghubungkan kedua-dua lampu utama dengan logo Toyota diletakkan di tengah.

Juga seperti bahagian luar, bahagian dalaman ini Sienta kini menampilkan rekaan-rekaan lebih berkotak dan tersusun, berbanding rekaan funky pada model sebelumnya. Bahagian storan terbuka di hadapan penumpang hadapan kini lebih besar manakala skrin infotainmen pula tidak lagi tenggelam sebaliknya berdiri sendiri pada konsol tengah.

Bagi sistem keselamatan, Sienta 2022 ini diberikan pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense standard untuk semua varian. Pakej tersebut menghimpunkan fungsi seperti Sistem Keselamatan Pra-Pelanggaran , Bantuan Pemanduan Proaktif dan sistem bantuan parkir Advanced Park.torsion beam

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.