KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan arahan untuk menukar menteri besar sudah lama diberikan, ditengah-tengah desas-desus mengatakan Osman Sapian akan ditukar selepas pertemuan dengan perdana menteri.
Tunku Ismail berkata sebenarnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah meneliti untuk menukar menteri besar. “Tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan ‘mileage’, kononnya dia arahkan,” katanya di Twitter hari ini. Tunku Ismail mengingatkan kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan. “Cukup-cukuplah ‘politicking’,” katanya.Beliau mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad petang semalam di Pejabat Perdana Menteri dan difahamkan pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit.Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Abdul Hakim Ab Rahman berkata pertemuan itu “perjumpaan biasa” dan perlu diadakan sebagai persediaan kepada mesyuarat sempena sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura ke-9.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkunjung ke Putrajaya semalam dan hari ini mengadakan sidang media bersama dengan Mahathir.
Kalau tak nak MB jadi Yes man putrajaya, jangan pula jadikan MB jadi yes Man pada istana. Mcm MB BN dulu, bila MB jadi yes man tu yg sana sini mendongak ke langit, selat tebrau jadi macam longkang. Dalam masa kata jgn berpolitik, sendiri pun ada agenda politik juga.
Time to pinda perlembagaan. Show him how ‘mutlak’ his so-called ‘hak’ is.
Not to worry HRHJohorII , your kuasa is intact. Just go with your routine.
Kahkahkahkahkah.... Clear... Utk org yg pentingkan kesempurnaan. . efficient dll, tiba tiba meletakkan bahalol mentadbir kerajaan nya... Mmg suatu yg pelik. Ada yg tidak kena... Kita faham. Hahahahahahaha
Royal 😂
cemar dulu la tuanku.. turun padang join politik siap sedia terima kritik... takyah nak nyorok blkg istana... baru la orang respek
Again he speaks. Speaking alot too these days. Speak la until the Cow comes home. We Rakyat r watching & shaking our heads in dismay. See No Touch. See No Comments.
Naper nak reiterate plak tu. Mesti ada udang disebalik MB
This Prince, is he the Johor version of Saudi’s MBS?
Hak mutlak pun tertakluk kpd senarai cadangan PM. The past MBs “yes-men” pada siapa
Seriously, HRHJohorII is so obsessed with his power being compromised, rather than helping his people.
Right so nothing to do with you. Nah seposen. Gi main jauh2
Well he shouldn't be a yes man to you too
Then jadi yes man istana
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »