Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan

SEGAMAT::Tiga wanita warga emas maut, manakala 11 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, di sini petang tadi.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Pegawai Bomba Kanan 11 Zakaria Mohamed, kemalangan berlaku pukul 5.50 petang membabitkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Alza, Honda Jazz dan Toyota Hilux. “Identiti semua mangsa setakat ini sedang dikenal pasti. Kesemua wanita yang maut berusia 89, 66 dan 62 tahun itu menaiki Perodua Alza dan beralamat di Simpang Renggam dan Benut.

“Kesemua mangsa yang maut telah dikeluarkan oleh orang awam dan anggota BBP Bandar Baru, Segamat yang tiba dahulu di lokasi kejadian,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kemalangan.

“Kita sedang kenal pasti identiti semua mangsa dan punca kemalangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pemilihan MCA: Tiga naib presiden akan pertahan jawatanKUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng dan Datuk Seri Ti Lian Ker akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pe...
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

Ibu maut, tiga anak sesak nafasIbu maut, tiga anak sesak nafas
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Ibu maut, tiga termasuk kanak-kanak sesak nafas rumah kedai terbakarJOHOR BAHRU: Seorang ibu maut, manakala tiga anaknya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sesak nafas selepas rumah kedai yang d...
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

Kekerapan tren setiap tiga minit di laluan Kelana JayaPrasarana dan Rapid Rail memperoleh 27 buah tren baharu dengan kumpulan tren pertama diterima secara berperingkat bermula September 2020.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Mesyuarat KSM, KDN minggu hadapan perhalusi permohonan pekerja asing bagi tiga subsektorPUTRAJAYA: Satu mesyuarat antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diadakan minggu hadapan bagi memperhalusi me...
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »

Kenapa larangan merokok di kedai makan tak berkesan?Peraturan itu diperkenalkan tiga tahun lepas, namun masih ramai tidak mengendahkannya.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »