Pengarah Pusat Kecemasan Erawan, Yuthana Srettanan,mengesahkan jumlah korban dan cedera dalam satu mesej kepada pemberita.
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan orang ramai berlari keluar dari pusat beli-belah Siam Paragon, salah satu destinasi membeli-belah utama ibu kota Thailand itu, yang sangat popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Perdana Menteri Srettha Thavisin memberitahu pemberita bahawa penyerang telah ditahan dan keadaan terkawal.Berpuluh-puluh kenderaan polis dan beberapa ambulans kelihatan di luar salah satu pintu masuk utama pusat beli-belah itu susulan kejadian itu.
Kejadian tembakan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun satu pertama hari paling berdarah dalam sejarah Thailand baru-baru ini, apabila seorang bekas pegawai polis bersenjatakan pisau dan pistol menyerang sebuah taska, membunuh 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa. Pada 2020, seorang bekas pegawai tentera mengamuk di pusat beli-belah di Korat, membunuh 29 orang dan mencederakan lebih ramai lagi. – AFP
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »