Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang memantau rapi penularan terkini wabak Covid-19 di beberapa lokasi di Beijing.
Menurutnya, semua warganegara Malaysia di Beijing harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan dan disarankan untuk mengelakkan perjalanan tidak penting ke daerah terjejas. "Warganegara Malaysia yang tinggal di Beijing atau sedang merancang perjalanan dari atau ke Beijing dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga ditetapkan.
"Kementerian turut menggalakkan semua warganegara Malaysia di China untuk mengambil kira kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan apabila merancang perjalanan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. Kamarudin berkata, warganegara Malaysia di China digalakkan untuk memaklumkan kepada kedutaan atau konsulat Jeneral berhampiran mengenai orang boleh dihubungi dalam kes kecemasan, sekiranya belum melakukannya lagi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »