Tangani cubaan bunuh diri dengan perubatan, bukan undang-undang

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 43 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Peranan undang-undang pada asasnya adalah untuk mendidik, bukan menghukum semata-mata, terutama bagi kes depresi. FMTNews BunuhDiri Jenayah

Menurut undang-undang Malaysia, Seksyen 309 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh diri adalah satu jenayah yang boleh membawa kepada hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.Dari segi perubatan, bunuh diri dilihat sebagai tindakan manusia yang menyebabkan kematian kepada diri sendiri dan dalam kebanyakan keadaan si pelaku menunjukkan kemahuan untuk membunuh diri.

Pelaku biasanya berasa bahawa hidup mereka tiada lagi harapan dan masa depan. Mereka membuat kesilapan dengan memilih bunuh diri sebagai satu jalan penyelesaian, jalan keluar, jalan pintas atau jalan singkat kepada permasalahan tersebut. Di samping itu, situasi semasa juga dilihat banyak menyumbang kepada risiko membunuh diri seperti yang dapat dilihat semasa situasi pandemik Covid-19 ini.

Pelaku biasanya tidak boleh lagi berfungsi dengan baik atau menjalankan tugas hariannya kerana terlampau memikirkan kemahuan untuk bunuh diri. Selain itu, kerajaan juga perlu lebih prihatin kepada mereka yang mengalami kesusahan, terutama semasa pandemik ini dengan meringankan beban, termasuklah beban kewangan.

Undang-undang seharusnya lebih bersifat memahami dan menyelesaikan, bukan mengawal dan memeperintah secara semberono.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.