: Keretapi Tanah Melayu Berhad menawarkan tambang percuma sehala selama dua hari untuk pengguna KTM Komuter Utara dari stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen Butterworth, Pulau Pinang dan stesen perantaranya bermula Sabtu ini, bersempena pengoperasian laluan baharu berkenaan.berkata beliau berkata inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan itu melalui KTMB, turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.
“Tawaran perkhidmatan percuma selama dua hari ini terhad bagi perjalanan sehala hanya dari tiga stesen yang baharu iaitu stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen lain di laluan KTM Komuter antara Ipoh ke Butterworth,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan KTMB hari ini. Saarani berkata sinergi antara tiga pihak itu bakal diteruskan, bagi merancakkan industri pelancongan rail tourism terutamanya dalam menjayakan Tahun Melawat Perak 2024, melalui pelbagai perancangan yang giat diatur untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.
Tren pertama dari stesen Ipoh ke stesen Butterworth bermula 4.40 pagi, manakala dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh pada 5.30 pagi, dengan tren terakhir yang beroperasi dari stesen Ipoh pukul 6.35 petang, sementara dari stesen Butterworth 7.10 malam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: LowyatNET - 🏆 13. / 59 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »