PUTRAJAYA: Ribuan penduduk Taman Rimba di Mentakab, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan untuk kali yang ketiga sehingga 20 Februari ini.
Difahamkan ia susulan penularan tempat kerja yang mencetuskan Kluster Jalan Maran Batu Satu di kawasan itu yang setakat semalam sudah pun merekodkan kumulatif 75 kes positif. Ketika ini, Jabatan Kesihatan Pahang merekodkan ada tujuh kluster di daerah tersebut termasuk empat kluster pendidikan, dua kluster tempat kerja dan baki satu kluster komuniti dengan semua kluster berkenaan mencatatkan sebanyak 229 kes positif Covid-19 yang menjadikan keseluruhan di Temerloh berjumlah 14,186 kes sejak pandemik itu dikesan Mac tahun lalu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.