Tak puas berlatih sendiri

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 56 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 26%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

bolatime Pemain sayap kanan Terengganu FC (TFC), Mohammad Rahmat Makasuf mengakui berlatih sendiri di kediaman masing-masing tidak memberi kepuasan kepada dirinya selain sukar menilai tahap prestasinya tanpa kehadiran jurulatih.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, biarpun pemain perlu menghantar video, namun ia belum cukup kerana tidak dapat melakukan aktiviti biasa seperti sebelum ini.

“Kami sudah diberi jadual latihan oleh jurulatih, jadi kami ikut aktiviti yang sudah disusun manakala selebihnya kami buat apa yang kami tahu sahaja. “Lagipun latihan hanya kira-kira satu jam sahaja sehari dan pergerakannya pula terbatas hanya sekitar rumah dengan aktiviti menimang bola dan memanaskan badan selain latihan kecergasan, tidak seperti biasa di padang seperti menendang bola dan sebagainya.

“Latihan tanpa jurulatih agak susah sebab kita tidak tahu mana yang penting atau sebaliknya dalam latihan walaupun sudah dimaklumkan jurulatih. Lagipun saya masih kurang pengalaman,“Saya harap selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, kami boleh jalani latihan seperti biasa bersama rakan sepasukan di padang,” katanya yang menyertai TFC sejak musim lalu.

Sementara itu ditanya adakah dia bersetuju jika Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu melakukan potongan gaji untuk disalurkan ke dalam tabung Covid-19 negeri sebagaimana yang dilakukan pemain Johor Darul Ta'zim , dia mengakui tidak ada masalah.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 1:58 PM

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Janganlah potong gaji pemain...kualaterengganu Kelab Penyokong Bolasepak TFC tidak bersetuju jika gaji pemain bola sepak negeri dipotong berikutan tempoh sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Kementerian Kesihatan nasihat NGO tak agih secara terus, kata menteri kanan | The Malaysian InsightLarangan agih bantuan kepada penerima secara terus itu bagi mengelak jangkitan Covid-19, kata Ismail Sabri.\n\u00a0
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Ahli akademik beri amaran kekurangan bekalan makanan jika isu agihan tak selesaiCovid-19, perintah kawalan pergerakan, pembelian panik, rangkaian bekalan, kekurangan bekalan makanan FMTNews PKP Jangan risau, menteri kanan sedang berbincang di Sheraton
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Tak boleh keluar negaraPutrajaya Kerajaan masih mengekalkan sekatan kepada rakyat Malaysia ke luar negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 14 April ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Jenama tak ada bukan bermakna tiada beras, kata menteri | The Malaysian InsightTinjauan ke 27 pasar raya dapati bekalan makanan asas mencukupi, kata Ismail Sabri.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Hajat tak sampaiseremban Hasrat Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan (POANS) untuk menghantar dua atletnya, Muhammad Haiqal Hanafi dan Sadat Marzuqi Ajisan menjalani latihan intensif di luar negara tahun ini terbantut ekoran wabak Covid-19.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »