PUTRAJAYA: Tanggapan Malaysia sebagai sebuah negeri pantai dalam Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah tidak berperlembagaan jika ditafsirkan telah meletakkan segala hak negeri menjadi milik Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, hak Kerajaan Persekutuan terhadap pelantar benua adalah perairan yang bersambung dengan pantai Wilayah Persekutuan yang disebut dalam Perkara 1 Perlembagaan. “Pendekatan tafsiran untuk menafikan hak negeri ke atas pelantar benua yang bersambung dengan wilayah kedaulatannya semata-mata kerana Kerajaan Malaysia mewakili kepentingan Negeri adalah tidak berperlembagaan,” katanya di sini semalam.
Menurut Wan Ahmad Fauzi, UNCLOS ialah sebuah konvensyen antaranangsa dan pemakaiannya di Malaysia adalah tertakluk kepada terima pakai oleh Parlimen dan peruntukan yang memelihara sifat kenegaraan mengikut Perlembagaan Persekutuan. “Pentafsiran sebuah negeri pantai dalam konteks sebuah negara tidak boleh ditafsir secara bebas kerana Malaysia mendukung ketinggian Perlembagaan yang memelihara ciri tersendiri, apatah lagi konvensyen antarabangsa tidak boleh menyentuh kedaulatan dalam negeri sebuah negara berdaulat” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »