PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan memperakukan syarikat HeiTech Padu Berhad bagi kontrak penggabungan perkhidmatan dalam talian, MySikap serta Perkakasan dan Perisian Sistem Kerangka Utama untuk semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Menurut Loke, penjelasan ini dibuat kerana ada pihak mempersoalkan isu tender kepada syarikat HeiTech Padu kononnya projek ini ditawarkan disebabkan ada seorang pengarah atau pemilik saham syarikat tersebut ada hubung kait dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Loke kemudiannya menjelaskan, tawaran harga daripada ketiga-tiga syarikat pembida ialah syarikat pertama ; syarikat kedua dan syarikat ketiga RM199,513,872.MySikap merupakan sistem informasi kenderaan dan pemandu yang merangkumi perkhidmatan atas talian pendaftaran kenderaan motor, pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor dengan sebanyak 1,300 jenis urus niaga.Loke berkata, kontrak MySikap dan Mainframe sebelum ini dibuat secara berasingan dan rundingan terus pada tahun 2014.
“Dalam transisi penggabungan kedua-dua tender perkhidmatan tersebut, MOT, dengan persetujuan Perbendaharaan, memutuskan supaya lanjutan kontrak Mainframe dan MySikap diberikan dalam tempoh 1 Mei 2023 hingga 30 April 2024 dengan nilai kontrak masing-masing RM27.29 juta dan RM27.03 juta.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »