Suspek kes pedofilia ditemui mati

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

jakarta Suspek kes pedofilia warga Perancis yang disyaki melakukan jenayah seksual terhadap lebih 300 kanak-kanak di Indonesia, meninggal dunia dipercayai akibat bunuh diri ketika dalam tahanan polis, kelmarin.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya Yusri Yunus berkata, suspek ditemui Khamis lalu dalam keadaan tergantung dengan seutas wayar di dalam lokap Polis Metro Jaya.

"Suspek dihantar ke Rumah Sakit Kramat Jati, Jakarta Timur dan selepas beberapa hari menerima rawatan, suspek disahkan meninggal dunia jam 8 malam tadi ," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Beberapa media sebelum ini melaporkan Francois Abello Camille, 65, ditahan bulan lalu dan polis turut menemui beratus filem dan video perlakuan seksnya dengan kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun di dalam komputer riba miliknya.

Berdasarkan kenyataan Polis Metro Jaya sebelum ini, suspek ditahan di sebuah hotel di Jakarta pada bulan lalu bersama dua kanak-kanak bawah umur. Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai melakukan jenayah pedofilia terhadap 305 kanak-kanak bawah umur di Indonesia.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Indonesia: Suspek kes pedofilia warga Perancis dipercayai bunuh diriMedia melaporkan Francois Abello Camille, 65, menyimpan beratus-ratus filem dan video perlakuan seksnya dengan kanak-kanak dalam komputer riba miliknya. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Polis kesan 3 suspek pecah rumah, curijohorbahru Polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mengetahui kedudukan suspek supaya berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau pusat kawalan daerah IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Kastam rampas dadah RM1.15 juta, tahan empat suspektawau EMPAT suspek ditahan dan 23 kilogram methamphetamine bernilai RM1.15 juta dirampas dalam tiga siri tindakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah pada 1 hingga 4 Julai lalu.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Indonesia: Suspek kes pedofilia warga Perancis dipercayai bunuh diriMedia melaporkan Francois Abello Camille, 65, menyimpan beratus-ratus filem dan video perlakuan seksnya dengan kanak-kanak dalam komputer riba miliknya. FMTNews
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Covid-19: Tujuh kes baharu, satu sembuhKualaLumpur Tujuh kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif di negara ini adalah 8,725 kes.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Covid-19: KKM kesan kluster baru PUI NovgorodKluster PUI Novgorod dikenal pasti susulan kes ke-3 yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat kes ke-2 bagi kluster ini. FMTNews Koronavirus
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »