Sekitar awal tahun 2002, seorang murid tahun lima tekun mengikuti mata pelajaran Kajian Tempatan dalam kelasnya. Salah satu kerja kursus yang diarahkan guru membuat binaan rumah menggunakan kotak dan kad manila.
“Sejak hari itu, saya tertarik dengan binaan rumah replika dan selalu membina pelbagai bentuk untuk hobi dan memenuhi masa lapang dan minat itu berlanjutan sehingga dewasa. Kemudiannya saya mula akses pelbagai informasi daripada media sosial dan bergabung dengan rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama,” kata Mohamad Sahrul Naim Arbain,32.
Bayangkan sebuah rumah kampung berdinding kayu, beratap zink lusuh akibat dipanah panas matahari dan tangga di hadapan pintu depan menghadap sebuah kolam.Di tepi rumah pula kelihatan ampaian penuh kain baju tersidai dan alat tradisi menangkap ikan dikenali sebagai tangkul angkat yang diperbuat daripada buluh.
Bukan setakat sebuah rumah kampung tetapi Mohamad Sahrul turut menghasilkan lebih 50 replika terdiri daripada puluhan buah rumah dilengkapi kenderaan, jalan bertar, pokok-pokok, sawah padi, rumah kedai dan legenda rumah kayu bercat biru Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lulusan Pengajian Islam Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini kini menetap di Kajang dan pernah bekerja sebagai pengamal undang-undang bertauliah.“Kerja bertukang memerlukan tumpuan walaupun saiznya kecil sahaja. Lebih-lebih lagi apabila saya menerima tempahan daripada pelanggan,” katanya.Walaupun tidak belajar secara khusus berkaitan seni bina miniatur namun berbekalkan minat, pengalaman, kemahiran dan melalui fasa try and error Mohamad Sahrul meneruskan usaha itu.
“Bahagian yang agak mencabar ialah bagi menyiapkan perincian produk. Ia menuntut kesabaran yang tinggi,” ujarnya.Namun melihatkan permintaan yang menggalakkan, beliau merancang untuk menyewa premis atau mini studio bersesuaian.
Source: Education Headlines (educationheadlines.net)
Student Replica House Boxes Manila Cards Education
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: Soya_Cincau - 🏆 16. / 55 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »