Bagi anak-anak atau pengunjung dewasa yang pertama kali merasainya, pasti menjerit-jerit dengan situasi sebegini, ibarat takut tetapi sangat menyeronokkan.Eko Pelancongan Ikan Jinak Kampung Malangkap Tiong, terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu itu turut memberi peluang kepada penulis serta pengunjung lain menikmati sendiri ‘urutan spa’ apabila dikerumuni ikan pelian berukuran sebesar lengan berebut menggigit manja kaki sebaik saja direndam di sungai.
Namun di sebalik pengalaman berkenaan, penulis dimaklumkan terdapat satu sistem yang menyokong supaya hidupan air tawar ini boleh didekati dengan mudah.PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang memberi makanan kepada hidupan air tawar di sungai Eko Pelancongan Ikan Jinak Kampung Malangkap Tiong, Kota Belud.
Setiap kampung yang mengamalkan sistem tagal, mempunyai papan tanda amaran seperti pengunjung dilarang menangkap segala hidupan di sungai, dilarang membuang sampah atau mencemarkan sungai. “Terdapat juga zon hijau dan kuning yang membolehkan aktiviti mandi-manda atau penangkapan ikan yang dijalankan secara gotong-royong namun hanya boleh ditangkap dalam dua hingga tiga tahun sekali ketika musim kemarau serta bergantung keputusan komuniti tagal,” ujarnya.
News Newspaper Headlines Malaysia Borneo Local National Business Sport Mobile
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: DailyExpress_MY - 🏆 3. / 83 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »