: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Persidangan Media Sarawak akan dijadikan acara tahunan bagi memastikan pengamal media di Bumi Kenyalang diberi pendedahan berterusan mengenai perkembangan teknologi terutama dalam dunia kewartawanan.
Sehubungan itu, Abang Johari berkata SMEC 2025 akan menyentuh elemen digital termasuk peralatan media berteknologi tinggi atau baharu seperti penganjuran Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak yang diadakan di negeri itu. SMEC 2024 bertema ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ berlangsung selama dua hari bermula Ahad sempena sambutan HAWANA 2024 dan diadakan sebagai platform bagi membincangkan isu berkaitan dunia kewartawanan moden seperti kecerdasan buatan dengan penglibatan kira-kira 600 peserta tempatan dan luar negara.
Wakil persatuan, kelab wartawan tempatan dan wartawan dari 12 negara iaitu Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Perancis dan Kuwait berhimpun di bandar raya ini sejak Sabtu selain menyertai pelbagai program yang disusun bagi meraikan sambutan julung kali yang diadakan di Sarawak.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: theSundaily - 🏆 25. / 51 Read more »